top of page

KEADILAN Kudat beri bantuan kepada mangsa ombak besar

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 7, 2023
  • 1 min read


KEADILAN Cabang Kudat baru baru ini menyampaikan sumbangan kepada seorang balu, Endah Na Dua yang rumahnya roboh dihempas ombak besar baru baru ini di Kampung Tanjung Kapur, Kudat.


Menurut satu kenyataan, Ketua Cabang Kudat, Stefly Said telah melawat mangsa dan memberikan sumbangan barangan keperluan asas serta wang tunai buat keluarga itu bagi meringankan beban mereka.


"Saya bersimpati atas ujian yang dilalui oleh keluarga ini dan berharap agar semua pihak tampil membantu bagi meringkan beban mereka," kata Stefly Said.


Selain itu, beliau juga membuat lawatan di Kampung Perpaduan Gumpah dan Kampung Perpaduan Ria 1 bagi meninjau sendiri masalah jalan raya yang rosak di kampung itu


Stefly Said berkata, beliau akan memanjangkan perkara tersebut kepada jabatan yang berkenaan bagi tindakan selanjutnya,


"Saya akan berusaha membantu masyarakat di daerah ini dan akan menjadi penyambung lidah serta suara rakyat Kudat bagi memastikan Daerah Kudat juga tidak ketinggalan daripada pembangunan infrastruktur dan pembangunan ekonomi," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page