top of page

KEADILAN Kuantan kukuhkan 44 ranting, sasar 6 kawasan baharu



Oleh: Abdullah Zaid


Demi memastikan jentera akar umbi terus diperkasakan, KEADILAN Cabang Kuantan mengambil langkah memulakan proses pembaharuan pendaftaran ranting di bawah cabang itu.


Ketua Cabang Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi berkata, sebanyak 25 ranting di bawah Parlimen Kuantan telah memulakan proses pembaharuan pendaftaran dalam majlis temurapat Ketua-ketua Ranting bersama pimpinan cabang baru baru ini.


Katanya, Cabang Kuantan setakat ini mempunyai jumlah ranting paling besar di negeri Pahang iaitu sebanyak 44 buah.


"KEADILAN Kuantan mensasarkan sebanyak 6 buah ranting baharu bakal ditubuhkan menjelang Januari 2024.


"Ia sebagai usaha menjaga kebajikan ahli agar lebih terurus apabila ranting-ranting dapat beroperasi dengan baik bersama komuniti setempat," katanya.


Jelas beliau, pada tahun 2023 banyak program telah digerakkan untuk ahli-ahli dan ranting termasuk program latihan dan geran keusahawanan, program baikpulih atap rumah ahli termasuk program pendidikan untuk anak anak B40.


"Ia termasuk, program pemantapan sains dan matematik dalam kalangan generasi muda, program literasi digital kepada pemimpin ranting dan lain-lain lagi. Ini perlu dilonjakkan lagi menjelang memasuki tahun baru 2024 ini," katanya.


Dalam pada itu, Ketua Wanita KEADILAN Kuantan, Sridayu Samsuri menggesa agar kepimpinan ranting melibatkan seramai mungkin golongan wanita sebagai peneraju dan penyokong kuat parti peringkat akar umbi.


"Dengan kewujudan ranting-ranting yang kuat, para ahli wanita KEADILAN Kuantan dapat menyumbang ke arah pemerkasaan parti ini dalam membantu rakyat dan agar rakyat mengetahui tentang segala bentuk inisiatif dan bantuan yang diusahakan Kerajaan Madani hari ini," ujar Sridayu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page