top of page

KEADILAN Kuantan edar 50 Kotak Madani kepada ranting, warga setempat

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 15
  • 1 min read

Kotak Madani segera diedarkan ke peringkat ranting KEADILAN dan diagihkan kepada warga memerlukan
Kotak Madani segera diedarkan ke peringkat ranting KEADILAN dan diagihkan kepada warga memerlukan

KEADILAN Kuantan menerima sebanyak 50 buah kotak Madani mengandungi barangan asas makanan daripada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Pahang, Datuk Ahmad Farhan Datuk Seri Fauzi, baru-baru ini.


Kotak makanan tersebut kemudiannya diagihkan kepada anggota Cabang KEADILAN Kuantan yang memerlukan serta warga kejiranan sekitar, dalam sebuah majlis serahan yang turut dihadiri Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi.


Majlis agihan yang diadakan sempena Program Temu Rapat Pimpinan Cabang bersama Pimpinan Ranting itu menyaksikan serahan kotak makanan Madani kepada Ketua Ranting dan Ketua Wanita Ranting bagi diedarkan ke peringkat akar umbi.


Menurut Fakhrul Anuar, sumbangan tersebut memberi makna besar khususnya kepada Cabang Kuantan yang mencatat jumlah ranting tertinggi di Pahang.


"Sumbangan daripada Pengerusi MPN Pahang ini amat bermakna kepada Cabang Kuantan yang memiliki jumlah Ranting terbesar di negeri Pahang iaitu sebanyak 53 buah ranting sehingga 31 Ogos 2025.


"Komitmen Pengerusi MPN Pahang untuk mengedar kotak-kotak makanan ini setiap bulan sangat dihargai kerana ianya membantu usaha bantuan jentera akar umbi parti kepada anggota parti dan rakyat," katanya.


Beliau turut mengingatkan semua jentera ranting agar memastikan bantuan berkenaan disampaikan kepada kumpulan sasar yang benar-benar memerlukan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page