top of page

KEADILAN Kuantan agih kotak makanan Madani di Kg Baru Cina Seri Teruntum

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 29
  • 1 min read

Masyarakat Cina Kg Baru Cina Seri Teruntum berterima kasih dengan agihan kota makanan Madani
Masyarakat Cina Kg Baru Cina Seri Teruntum berterima kasih dengan agihan kota makanan Madani

KEADILAN Cabang Kuantan meneruskan usaha membantu masyarakat meringankan beban kos sara hidup melalui program sumbangan kotak makanan Madani, kali ini dengan fokus kepada penduduk Kampung Baru Cina Seri Teruntum dekat bandar Kuantan.


Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Naib Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Jeff Lee Chee Mun, dengan kehadiran Ketua JKKKB Kampung Baru Cina Seri Teruntum serta pimpinan masyarakat setempat.


Jeff Lee berkata, kawasan itu dipilih kerana jumlah warga emas dan golongan miskin yang ramai di bawah DUN Teruntum, Parlimen Kuantan.


"Kami berharap dengan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban kos dapur rumah di mana barang-barang makanan asas seperti 10kg kampit beras, minyak masak, biskut, tepung, kopi dan lain-lain bernilai RM150 sebuah kotak," katanya.


Sementara itu, Setiausaha JKKKB Kampung Baru Seri Teruntum, Catherine Phang Feong Hui, menyifatkan inisiatif tersebut sebagai amat bermanfaat kepada komuniti.


"Program sebegini sangat membantu penduduk setempat dan berharap agar bantuan berkala seperti ini dapat berlangsung pada setiap bulan," katanya.


Selain itu, Catherine Phang yang juga Ahli Jawatankuasa Wanita KEADILAN Negeri Pahang berkata, JKKKB juga aktif mendaftarkan anggota masyarakat dengan daftar kemiskinan e-kasih Pejabat Pembangunan Negeri (SDO) Pahang bagi memastikan mereka yang layak dapat menerima bantuan-bantuan kerajaan seperti SARA bulanan, bina dan baik pulih rumah dan bantuan kegiatan ekonomi bagi mengeluarkan mereka daripada kemiskinan.


Program kotak makanan Madani ini digerakkan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, dengan kerjasama Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi, sebagai sebahagian usaha berterusan membela kebajikan rakyat yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page