KEADILAN Kuala Langat kekal utuh, tidak terjejas pemergian Dr Xavier



KEADILAN Kuala Langat tidak terjejas dengan berpaling tadahnya Ahli Parlimen kawasan itu Dr Xavier Jayakumar yang mengumumkan sokongan ke atas kerajaan Perikatan Nasional.


Menurut Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kuala Langat, Mohd Afiq Mohd Tuniman, pengunduran Xavier sebagai Ketua Cabang tidak akan menjejaskan gerak kerja parti mahu pun sokongan ahli kepada kepimpinan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Kami selaku pimpinan KEADILAN Cabang Kuala Langat yang masih kekal setia bersama parti ingin menegaskan KEADILAN Kuala Langat kekal utuh dan intek untuk meneruskan agenda membela nasib rakyat selari dengan idealisme perjuangan.


"KEADILAN Kuala Langat bertekad memperkemas dan memperkuat Cabang dalam memastikan khidmat bakti kepada rakyat dapat diteruskan dengan lebih baik.


"KEADILAN Kuala Langat menzahirkan ikrar taat setia dan sokongan penuh kepada parti dan kepimpinan Datuk Seri Anwar selaku presiden dan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana individu yang berkait rapat dengan Kerajaan PN.


"Kami bertekad untuk terus mempertahankan mandat rakyat PRU 14 yang lalu dan tidak akan memberi ruang kepada pengkhianat parti atau sesiapa sahaja yang cuba membawa anasir jahat yang cuba merosakan parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Dalam pada itu, Mohd Afiq turut mengecam taktik yang digunakan parti pemerintah bagi mendapatkan sokongan secara tidak melalui jalan pilihan raya tetapi memaksa pemimpin parti lawan berkhianat.


"Kami mengecam sekeras-kerasnya kaedah kerajaan minoriti dalam menambah sokongan mereka. Pelbagai dakwaan yang sudah timbul sebelum ini melibatkan pemeras ugutan dan tawaran wang adalah politik jijik dan jelek dalam keadaan negara mendepani perkara yang lebih penting, iaitu isu ekonomi rakyat dan Covid 19.


"Kami yakin walaupun Datuk Dr Xavier yang bertindak keluar parti namun ia tidak sama sekali menjejaskan KEADILAN Cabang Kuala Langat. Sokongan dan dokongan yang kuat daripada akar umbi akan memastikan pengkhianat tidak akan mendapat tempat pada PRU-15 akan datang," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER