KEADILAN Kota Raja sumbang alatan sekolah, kotak makanan
- Suara Keadilan
- 34 minutes ago
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Komitmen KEADILAN mendekati rakyat terus diperkukuh apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis menjadi persinggahan kedua siri Jelajah Back To School KEADILAN Kota Raja, sekali gus mencerminkan keprihatinan berterusan parti itu terhadap kebajikan dan masa depan pendidikan anak-anak setempat.
Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja, Danish Hairudin berkata, di bawah kepimpinan Dr Gunaraj George selaku Ketua Cabang, program berkenaan telah menyaksikan penyerahan beg sekolah dan set alat tulis kepada murid sebagai sebahagian usaha meringankan beban keluarga menjelang sesi persekolahan.
"Saya turut menyerahkan sumbangan tambahan set kelengkapan sekolah dan kotak makanan kepada penjaga.
"KEADILAN DUN Sungai Kandis akan terus mengakar memberi khidmat bakti terbaik kepada warganya," kata Danish dalam satu hantaran di Facebook.
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Biro Kebajikan merangkap Naib Ketua Cabang Kota Raja, Wan Shah atas penyelarasan program tersebut.
"Selaku tuan rumah, saya juga merakamkan penghargaan kepada Ketua Kampung Sungai Kandis, Tok Wazi Khatib; Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Hasheena; Ahli Majlis Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) Thanga Rajah dan Ketua-Ketua DM serta seluruh AJK Cabang," ujarnya lagi.





