KEADILAN Kota Raja gotong-royong bersihkan rumah warga emas
- Suara Keadilan

- Sep 28
- 1 min read

Suasana penuh keprihatinan mewarnai gotong-royong yang dijalankan KEADILAN Cabang Kota Raja bersama Jawatankuasa Daerah Mengundi (DM) Teluk Menegun semalam apabila rumah seorang warga emas, Mak Minah, yang hidup sebatang kara dibersihkan sehingga kembali terurus.
Menurut Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja, Danish Hairudin, beliau sayu melihat keadaan rumah Mak Minah dalam ziarahnya sebelum itu.

"Ketika ziarah kasih saya pada minggu lalu, sungguh sayu dan menyedihkan melihat keadaan rumah Mak Minah yang tidak terurus. Hari ini rumah Mak Minah dah bersih (setelah gotong royong)," katanya.
Danish turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.
"Terima kasih kepada Abang Hamdan selaku Ketua DM Teluk Menegun bersama seluruh Jawatankuasa Daerah Mengundi Teluk Menegun dan pimpinan Cabang serta Wanita yang membantu," ujarnya lagi.
Dalam masa sama, beliau mengarahkan Ketua Kampung, Tok Hussin, untuk segera menguruskan perihal kebajikan Mak Minah dengan pihak Lembaga Zakat Selangor.









Comments