top of page

KEADILAN Kota Bahru sedia realisasi hasrat tawan Kelantan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 22
  • 1 min read


KEADILAN Cabang Kota Bharu sedia merealisasikan hasrat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, agar parti itu menawan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.


Ketua Penerangannya Syahiran Muhammad berkata, harapan dinyatakan Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN merupakan satu amanah besar yang perlu digalas bersama oleh seluruh jentera parti.


"Rakyat Kelantan berdepan dengan realiti kepimpinan kerajaan negeri yang tidak kompeten


"Kami telah menyusun pelbagai strategi politik yang merangkumi pendekatan secara dalam talian dan juga turun padang bagi menarik sokongan pengundi," katanya dalam kenyataan.


Dr Wan Azizah pada satu acara di Kota Bahru pada Selasa menyatakan keyakinan bahawa Kelantan yang kini dikuasai pembangkang boleh ditawan menerusi kerjasama erat antara parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.


Bagaimanapun tegasnya, usaha itu perlu dimulakan dengan menarik lebih ramai golongan muda menyertai perjuangan KEADILAN.


Sementara itu Syahiran menyatakan komitmen KEADILAN Kelantan untuk memperkasa barisan kepimpinan negeri itu termasuk dengan mengenal pasti ahli parti yang berpotensi dalam bidang-bidang utama seperti ekonomi, perancangan bandar, pengurusan dan sumber manusia.


Selain itu pihaknya juga akan menggerakkan lebih banyak kerja lapangan untuk menarik sokongan seusai selesai Kongres Nasional KEADILAN minggu ini.


"Kita turut menyeru anak-anak Kelantan yang memiliki kemahiran tertentu untuk bersama-sama menyumbang kepada gerakan perubahan ini.


"Penyertaan mereka sudah pasti memperkukuh kekuatan parti dalam misi mencapai kemenangan di PRU akan datang," katanya menerusi kenyataan itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page