KEADILAN Kluang, NGO anjur pertandingan boling



KEADILAN Kluang dan NGO Jingga 13 baru-baru ini menganjurkan pertandingan Boling Muafakat Jingga13.


Menurut Koordinator Jingga13 Kluang, Jaafar Matek, pertandingan yang dianjurkan di Ampang SuperBowl Kluang Mall itu terbahagi kepada 2 kategori, lelaki dan perempuan, dengan 23 penyertaan lelaki dan 13 penyertaan perempuan.


"Setiap penyertaan menerima sehelai baju T, plug penyertaan dan baucar RM100 sumbangan Kedai Cermin Mata Cahaya Intan.


"Pemenang pertama hingga ketiga menerima piala dan hamper manakala pemenang keempat hingga ke sepuluh menerima hamper," katanya.


Menurut Jaafar lagi, hadiah disampaikan oleh saudara Kalytas, Ketua Cabang Kluang, Ms Boo, Wakil YB Chew Chong Sin dan Puan Surya, wakil Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail. Manakala pemenang hamper cabutan bertuah pula disampaikan oleh saudara Rosman, Koordinator Jingga13, Pontian.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang, Hajjah Natrah (Penasihat Jingga13 Johor) , YB Chew Chong Sin dan YB Mohamad Said Jonit


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER