top of page

'KEADILAN kerah anggota menangkan dua DM di DUN Mahkota'



KEADILAN akan mengerahkan anggota untuk berkempen memenangkan dua Daerah Mengundi (BM) yang diperuntukkan kepada parti itu dalam di Pilihan Raya Kecil DUN Mahkota.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata demikian mengulas gerak kerja KEADILAN setelah parti itu diberi tanggungjawab menjaga DM Haji Manan dan DM Bandar Tengah.


"Kita akan kerah supaya anggota kita menangkan (calon BN) di dua Daerah Mengundi ini," katanya kepada Suara Keadilan semalam.


Menurut beliau, kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan BN dalam PRK tersebut setakat ini amat baik dan diharapkan bakal mewujudkan momentum untuk gerak gempur kemenangan pada hari kempen seterusnya.


"Hari ini kita lihat ada persepakatan antara parti PH dan BN untuk membawa (mesej) calon Perpaduan iaitu Syed Hussien Syed Abdullah


"Kita harapkan dengan permulaan kempen hari ini kita dapat bawakan mesej Perpaduan dan perkara yang boleh membawa kebaikan untuk rakyat di Mahkota," katanya.


Menurut Ahli Parlimen Ledang itu lagi, KEADILAN mempunyai kekuatan di DUN berkenaan kerana sebelum ini Mahkota pernah dimenangi oleh PH pada pilihan raya (PRU) umum 2018 lalu manakala Parlimen Kluang kekal di tangan DAP sejak PRU 2013.


"Kita memang ada kekuatan di Kluang terutama di DUN Mahkota kerana kawasan ini adalah kawasan campuran. Kalau tengok dari segi demografi pengundinya 58% Melayu, 38% Cina dan 7% adalah India.


"Ini kawasan kerusi campuran. Kita tidak canggung untuk bantu. PH secara umum akan tumpu kepada tujuh Daerah Mengundi. Dua dari DM adalah tumpuan KEADILAN," katanya lagi.

0 comments

Komentarze


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page