top of page

KEADILAN Kemaman serah watikah lantikan JPKKP

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 20, 2024
  • 1 min read

ree

KEADILAN Kemaman, Terengganu menyerahkan watikah pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) fasa dua di pejabat KEADILAN Cabang Kemaman semalam.

ree
Pengerusi Cabang Kemaman, Nazri Yusoff (kiri) serah watikah lantikan

Menurut satu kenyataan, lantikan tersebut melibatkan lantikan dari kalangan ahli-ahli KEADILAN Cabang Kemaman.


"Majlis penyerahan watikah lantikan JPKKP ini melibatkan lantikan ahli-ahli KEADILAN Kemaman dan telah disempurnakan oleh Pengerusi MPN Kemaman, Tuan Haji Nazri Yusoff bertempat di pejabat KEADILAN Cabang Kemaman pada 19 Julai.


"Satu urusetia akan diwujudkan di peringkat cabang bagi membantu dan memantau semua JPKKP yang dilantik," kata kenyataan itu.


Urusetia, kata kenyataan itu, akan memantau semua JPKKP dalam kalangan ahli KEADILAN cabang Kemaman. Urusetia itu beroperasi di pejabat KEADILAN Kemaman yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Cabang Tuan Haji Abdul Aziz, Setiausaha Cabang saudara Saikri dan Naib Ketua Cabang saudara Mohd Zawawi Ibrahim.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page