
KEADILAN Cabang Kemaman semalam mengadakan program ziarah Merdeka menyantuni golongan kurang bernasib baik.
Menurut kenyataan Biro Komunikasi dan Penerangan Cabang Kemaman, program yang dianjurkan KEADILAN Kemaman bersama Wanita KEADILAN Kemaman itu diadakan di kampung Teladas, Air putih dan Felda Neram 2 Cheneh melibatkan 7 keluarga.
"Sebanyak 7 buah rumah di kampung Teladas dan 2 buah di Cheneh diziarahi pada program kali ini

"Pihak Cabang telah menyampaikan sumbangan berbentuk barang-barang keperluan harian bagi meringankan sedikit sebanyak beban asnaf dan juga memberi sedikit kelegaan kepada mereka.
"KEADILAN Kemaman akan terus berjuang membela nasib golongan yang memerlukan dan juga berusaha meningkatkan taraf hidup golongan asnaf di sini," kata kenyataan itu.
Hadir dalam program berkenaan ialah Naib Ketua Cabang, Muhamad Zawawi Ibrahim, Ketua Wanita Cabang, Nurul Akhirah Khairani Abd Rahman, Ketua Biro Komunikasi dan Penerangan Cabang, Ahmad Nadhir Yob serta AJK Cabang dan Wanita.
Comments