top of page

KEADILAN keluar notis tuntutan ke atas 20 bekas pemimpin



Parti Keadilan Rakyat memberi arahan kepada peguam untuk mengeluarkan notis tuntutan ke atas bekas pemimpin parti yang melompat dan meninggalkan KEADILAN.


Menurut Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, notis tersebut ditujukan kepada 20 Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dituntut membayar RM10 juta setiap mereka kerana meninggalkan parti dengan pelbagai sebab.


"Ini adalah pampasan yang mereka setuju untuk bayar kerana berpaling dari parti dan menggunakan kerusi untuk faedah peribadi menentang kepentingan parti," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Lee lagi, tuntutan berkenaan perlu dijelaskan dalam tempoh 7 hari, sekiranya bekas pimpinan tersebut gagal melakukannya, parti mengarahkan peguam untuk melakukan tindakan undang-undang bagi menuntut jumlah pampasan yang dinyatakan.


Sebanyak 20 bekas pimpinan diberi notis tuntutan:


1. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak)

2. Zuraida Kamaruddin (Ampang)

3. Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota)

4. Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak)

5. Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal)

6. Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat)

7. Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat)

8. Ali Biju (Saratok)

9. Jonathan Yasin (Ranau)

10. Dr Chong Fat Full (Pemanis)

11. Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia)

12. Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Krau)

13. Muhammad Hilman Bin Idham (Gombak Setia)

14. Baru Bian (Selangau)

15. Azman Nasrudin (Lunas)

16. Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam)

17. Dr Afif bin Bahardin (Seberang Jaya)

18. Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya)

19. Daroyah binti Alwi (Sementa)

20. Zulkifli Ibrahim (Sungai Aceh)

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page