top of page

KEADILAN kekalkan pimpinan sedia ada bagi jawatan utama parti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 21
  • 1 min read
ree

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang mengadakan mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini memutuskan untuk mengekalkan beberapa pimpinan penggal lalu bagi menjawat jawatan utama parti bagi sesi 2025 - 2028.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil, pimpinan yang dikekalkan adalah Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh; Bendahari Agung, William Leong Jee Keen; Ketua Penerangan, Datuk Fahmi Fadzil; dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud.


Manakala bagi Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dilantik bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Saifuddin juga dilantik sebagai Ahli Biro Politik.


Dalam kenyataan petang tadi, Fahmi turut mengucap penghargaan kepada mantan Timbalan Presiden dan pimpinan lain pada penggal lalu yang memberi khidmat terbaik mereka sepanjang sesi 2022 - 2025.


"Mesyuarat merakam setinggi-tinggi perhargaan di atas pengorbanan, sumbangan serta khidmat bakti mantan Timbalan Presiden dan pimpinan lainnya, serta berharap agar mereka akan masih memberi sumbangan kepada parti dan perjuangan," kata Fahmi yang juga ahli MPP.


Selain itu, katanya, mesyuarat turut membincangkan isu-isu semasa termasuk perihal geopolitik dan ekonomi global, serta tahap persiapan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page