KEADILAN Kedah tekad perkukuh organisasi, perkemas gerak kerja strategik
- Suara Keadilan

- Jan 16
- 2 min read

Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kedah telah mengadakan Mesyuarat Bilangan 1/2026 semalam bagi meneliti dan memperkukuh hala tuju organisasi parti di peringkat negeri, selari dengan keperluan memperkasa jentera serta kesiapsiagaan menghadapi cabaran politik semasa dan akan datang.
Menurut Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kedah, Tunku Nashrul Abaidah, mesyuarat tersebut antara lain membincangkan penstrukturan semula organisasi menerusi gabungan kepimpinan berpengalaman dan barisan baharu yang progresif bagi memperkukuh kekuatan parti serta meluaskan sokongan akar umbi di seluruh negeri.
"Mesyuarat antara lain membincangkan penstrukturan semula organisasi melalui gabungan kepimpinan berpengalaman dan baharu yang progresif bagi memperkukuh kekuatan parti serta meluaskan sokongan akar umbi di seluruh negeri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, katanya, mesyuarat turut memberi penekanan kepada perancangan gerak kerja strategik bagi memenangkan kembali kerusi-kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, termasuk pengukuhan jentera pilihan raya, pemantapan agenda kebajikan rakyat serta pendekatan politik yang matang, berprinsip dan berpaksikan kepentingan awam.
"Mesyuarat juga menekankan keperluan untuk menonjolkan secara berkesan kejayaan serta inisiatif Kerajaan MADANI yang memberi manfaat langsung kepada rakyat Kedah, merangkumi aspek ekonomi, kebajikan, pendidikan, infrastruktur dan
kesejahteraan sosial, agar peranan serta sumbangan Kerajaan Persekutuan agar dapat difahami dengan lebih jelas," ujarnya.
Dalam masa yang sama, kata Nashrul, KEADILAN Kedah menegaskan komitmen untuk terus memainkan peranan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab di Dewan Undangan Negeri melalui pelaksanaan fungsi semak dan imbang yang konstruktif, berfakta dan berteraskan kepentingan rakyat.
"KEADILAN Kedah bertekad untuk bergerak dengan pendekatan yang lebih tersusun dan berkesan, memastikan parti ini kekal relevan sebagai wadah perjuangan rakyat, selaras dengan aspirasi reformasi dan tuntutan semasa masyarakat," katanya lagi.
Berikut merupakan MPN KEADILAN Kedah sesi 2025 - 2028:
Pengerusi MPN: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Timb. Pengerusi: Dr Mohd Taufiq Johari
Naib Pengerusi: Chan Ming Kai
Naib Pengerusi: Ismail Wasi Ahmad Shafawi
Naib Pengerusi/Ketua AMK: Mohamad Fitri Ismail
Setiausaha MPN: Dr Mohd Sofee Razak
Bendahari MPN: Datuk Dr Zulkifly Mohamad
Ketua Penerangan: Datuk Romli Ishak
Setiausaha Pengelola: Shamsul Anuar Abdullah
Timb Ketua AMK: Afiq Hazwan Samsudin
Timb Ketua Wanita/Biro NGO: Kogila Puradan
Biro NGO dan Aktivis: Mohamad Rudzi Samsudin
Biro Sukarelawan: Kapten (B) Azizi Azizan
Biro Keusahawanan: Mohd Tahar Hussin
Biro Kajian dasar dan Manifesto: Mohd Altab P.A Ibtrahim
Biro Pembangunan Luar Bandar: Mohamad Shakir Lukman Hakim
Biro Antarabangsa: Datuk Halim Khomiza
Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan: Poobalan Subramaniam
Biro Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Habib Ahmad Muhaiyuddin Habib Danial
Biro Pendidikan : Yunins Mutusamy
Biro Perpaduan dan Kebudayaan: Yeo Keng Chuan
Pengarah Komunikasi: Tunku Nashrul Tunku Abaidah
Pengarah Strategi: Mohd Firdaus Johari
Biro Ekonomi: Fatimah Zahrah Zamri
Biro Guaman: Saiful Ambar Abdullah Ambar
Biro Kesihatan: Dr Azman Ismail
Biro Mobilisasi: Mohd Ashraf Abu Bakar
Biro Media Baru: Mohd Nadzrin Ibrahim









Comments