KEADILAN kecewa PKP di Sarawak tidak seketat seluruh negara


KEADILAN Sarawak melahirkan rasa kecewa dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negeri itu mulai 29 Mei hingga 11 Jun 2021, didakwa tidak seketat lockdown yang bakal berkuatkuasa pada 1 Jun ini.


Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri Sarawak Abun Sui Anyit berkata, PKP seharusnya dilaksanakan dengan syarat ketat bagi memutuskan rantaian Covid 19 yang semakin memburuk di negeri itu.


"KEADILAN Sarawak mengambil maklum jumlah harian terkini kes positif Covid-19 yang mencanak naik sebanyak 9,020 di seluruh negara


"Bagaimanapun PKP yang dikuatkuasakan oleh Sarawak mulai 29 Mei dikatakan tidak seketat PKP yang pertama tahun lepas atau bukanlah total lockdown seperti yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Persekutuan mulai 1 Jun 2021


"Beberapa hari lalu tular video di jeti pekan Kapit mengenai penumpang boat express berpusu-pusu dan berhimpit-himpit tanpa SOP sekurang-kurangnya jarak 1 meter keluar dari bot. Ini menyebabkan kita risau melihat keadaan itu yang kemungkinan akan mencetus kluster baharu dalam tempoh 14 hari ke depan? Ini belum termasuk di jeti-jeti lain di seluruh Sarawak.


"Justeru, KEADILAN Sarawak menggesa Kerajaan Negeri menguatkuasakan PKP sepenuhnya bersandarkan kepada kadar kes positif baharu Sarawak yang merupakan tertinggi dalam negara atau dunia secara purata per sejuta penduduknya," kata Abun dalam satu kenyataan.


Menurut beliau lagi, berdasarkan angka jangkitan Covid terkini, MPN Sarawak menasihatkan Kerajaan Negeri agar lebih prihantin dan tidak berada dalam sindrom penafian.


Katanya, MPN Sarawak mahu Ketua Menteri melihat hakikat sebenar situasi Covid di samping menasihati rakyat negeri itu agar tidak melakukan kunjungan atau balik kampung sepanjang musim perayaan Gawai kali ini.


"Kerajaan Sarawak tidak boleh bersikap sambil lewa atau ego dengan mengatakan Sarawak masih terkawal.


"Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg digesa untuk menguatkuasakan lockdown sepenuhnya di seluruh negeri Sarawak untuk mengelak penularan Covid 19 yang lebih banyak selepas perayaan Gawai ini.


"KEADILAN Sarawak juga ingin mengambil kesempatan ini menasihatkan orang ramai agar tetap duduk di rumah dan tidak balik kampung atau rumah panjang semasa musim Gawai Dayak 2021 kerana Covid 19 sedang hebat melanda Sarawak," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER