top of page

KEADILAN Johor menjunjung kasih titah Sultan syor mesyuarat kerajaan - pembangkang


KEADILAN Johor menjunjung kasih titah Kebawah DYMM Tuanku Sultan Johor di atas syor Baginda agar diadakan satu mesyuarat antara Ahli Parlimen dan ADUN di negeri Johor dalam kalangan kerajaan dan pembangkang yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor.


Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, mesyuarat seumpama itu boleh menggembeleng idea wakil-wakil rakyat dalam mengetengahkan permasalahan di kawasan masing-masing juga mengemukakan syor bagaimana untuk mengekang jangkitan Covid 19 yang membimbangkan di negeri berkenaan.


"Ini adalah satu titah yang baik, bijak dan bersesuaian dengan keadaan kritikal sekarang.


"Justeru itu, Menteri Besar dan kerajaan negeri Johor perlu mengadakan mesyuarat sepertimana yang telah dititahkan oleh DYMM Tuanku Sultan Johor," kata Jimmy dalam satu kenyataan.


ADUN Bukit Batu itu yakin sekiranya mesyuarat tersebut dijalankan segera maka kesan positif kepada pentadbiran negeri Johor akan dalam dilihat dalam masa terdekat. Terutama usaha melawan jangkitan Covid 19.


"Patik yakin dengan kebijaksanaan serta kearifan DYMM Tuanku Sultan Johor ini, negeri Johor akan dapat mengawal penularan pandemik Covid-19 dengan lebih berkesan dan pantas. Semoga Tuhan terus mengurniakan kesihatan serta afiat buat Kebawah DYMM Tuanku Sultan Johor," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page