KEADILAN Johor lawat Cabang Tenom, bantu jentera hadapi PRN Sabah
- Suara Keadilan

- 9 hours ago
- 1 min read

KEADILAN Johor yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Md Ysahrudin Kusni, mengadakan lawatan kerja ke Sabah bagi membantu persiapan jentera pilihanraya di Cabang Tenom, kawasan angkat negeri Johor.
Menurut kenyataan Penerangan KEADILAN Johor, rombongan tersebut turut disertai Setiausaha KEADILAN Negeri, Khuzzan Abu Bakar; Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Johor, Khairil Adanan; dan Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Fakharuddin Moslim.
Delegasi disambut oleh Ketua Cabang, Herbert Roger London bersama kepimpinan cabang yang telah mengatur sesi taklimat dan perbincangan strategik menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung bulan hadapan.
"Dalam lawatan ini, rombongan pimpinan Johor berkunjung ke Pusat Khidmat Masyarakat Cabang Tenom untuk meninjau persediaan jentera serta mendengar pandangan, isu semasa, data dan keperluan logistik yang diperlukan bagi mengukuhkan kesiapsiagaan parti di kawasan tersebut," kata kenyataan itu.
Pertemuan ini turut menjadi medan perkongsian pengalaman antara pimpinan Johor dan Tenom, khususnya dalam memperkukuh strategi pilihanraya, memperluas capaian sokongan akar umbi serta memastikan mesej perjuangan KEADILAN sampai kepada setiap lapisan masyarakat.
Menurut kenyataan itu lagi, lawatan tersebut merupakan kunjungan kelima pimpinan KEADILAN Johor ke Sabah, menandakan komitmen berterusan parti dalam memperkukuh rangkaian dan kerjasama antara negeri menjelang PRN Sabah.









Comments