top of page

KEADILAN Johor edar Jalur Gemilang di pasar malam parlimen Kulai

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 31
  • 1 min read

Fakharuddin bersama  Arthur Chiong mengedarkan bendera di pasar malam Taman Manis
Fakharuddin bersama  Arthur Chiong mengedarkan bendera di pasar malam Taman Manis

Suasana pasar malam Taman Manis, Kulai, Johor semalam bukan sahaja meriah dengan aroma ayam gunting dan deretan gerai minuman, malah turut disemarakkan dengan edaran Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan.


Program tewrsebut merupakan anjuran Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor bersama Cabang Kulai.


"Malam ni bersama MPN KEADILAN Johor dan Cabang Kulai, kita semarakkan semangat merdeka dengan edaran bendera," kata ADUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern dan Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Mohd Fakharuddin Moslim dalam kenyataan bersama.


Menurut mereka pendekatan santai di pasar malam adalah cara terbaik untuk mendekati masyarakat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page