
Meskipun sektor ekonomi telah dibuka semula namun masih banyak keluarga yang terjejas kehidupan akibat pandemik Covid 19 masih perlu dibantu.
Oleh itu, Wanita KEADILAN Johor meneruskan program bantuan kepada keluarga B40 yang memerlukan.
Ketua Wanita KEADILAN Johor, Napsiah Khamis dan anggota yang lain hari ini menyampaikan sumbangan bakul makanan, tuala wanita dan peralatan sekolah kepada golongan wanita keluarga B40 dan ibu tunggal di Cabang Pagoh.
Turut serta dalam jelajah itu Ketua Wanita Keadilan Pagoh, Zuraidah Wagi dan AJK Wanita yang memastikan program tersebut berjalan lancar serta Penyelaras DUN Bukit Pasir merangkap Ketua Cabang KEADILAN Pagoh, Tuan Subramani Chami yang sentiasa memberikan sokongan .