top of page

KEADILAN Indera Mahkota desak naik taraf sistem bekalan air


KEADILAN Indera Mahkota melancarkan petisyen bagi mendesak kerajaan negeri menyegerakan usaha menaiktaraf sistem penyaluran bekalan air bersih di kawasan tersebut.


Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota, Lee Cheng Chung berkata, petisyen #NaiktarafSistemPaipAir itu sebagai satu isyarat supaya masalah bekalan air diberi perhatian segera bagi mengelak ia terus berulang dan menyusahkan pengguna.


Menurutnya, gangguan bekalan air semakin kerap berlaku di daerah ini disebabkan paip pecah, tekanan air rendah, pam rosak dan sebagainya telah memberi kesan kepada aktiviti seharian penduduk.


"Usaha mengumpul tandatangan penduduk melalui petisyen ini diharap dapat perhatian kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) untuk mencari langkah penyelesaian bagi menjamin bekalan air yang berterusan kepada penduduk di sini," katanya.


Katanya lagi, usaha itu dilakukan sebagai platform dalam menyuarakan suara pengguna terutama penduduk di beberapa kawasan yang sering berdepan masalah gangguan bekalan air kebelakangan ini.


Cheang Chung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu berpandangan, agensi Paip dan agensi berkaitan perlu ada perancangan komprehensif untuk mengatasi isu itu secara jangka panjang.


"Kita akan kumpul sebanyak mungkin tandatangan penduduk melalui petisyen ini dalam tempoh sebulan sebelum ianya diserahkan untuk perhatian pihak-pihak berkenaan.


"Justeru orang ramai diseru mengambil peluang menandatangani petisyen ini sama ada secara dalam talian atau hadir sendiri ke Pusat Khidmat DUN Semambu atau Pusat Komuniti KEADILAN DUN Beserah," katanya.


Pada masa sama, pihaknya juga akan turun padang mengumpul tandatangan penduduk termasuk melalui program-program yang dianjurkan.


Dalam pada itu, Pengurus Hal Ehwal Parlimen Indera Mahkota, Zuraidi Ismail berkata, masalah bekalan air tidak sepatutnya berlaku di Kuantan memandangkan ia berstatus bandar raya.


"Kita menerima aduan daripada orang ramai terutama di sekitar Alor Akar di sini yang mana ada peniaga makanan tidak dapat berniaga dan ada yang terpaksa membeli air di pasar raya kerana kerana tidak sempat menyimpan air.


"Kita meminta jaminan kerajaan negeri mengambil tindakan segera supaya masalah bekalan air dapat diselesaikan segera," katanya.


Beliau turut meminta kerajaan negeri memberi jaminan bekalan air sepanjang musim perayaan Aidilfitri kali ini dapat disalurkan dengan lancar kepada pengguna.


"Kita harap tiada penduduk yang terpaksa beraya tanpa air dan pihak Paip perlu sentiasa bersedia dengan persiapan komprehensif bagi berdepan kemungkinan gangguan bekalan air berlaku pada musim perayaan ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page