top of page

KEADILAN Hulu Rajang persoal pembinaan empangan Belanga



Oleh: Abdullah Zaid


Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang, Abun Sui Anyit tampil mempersoalkan kenyataan Kerajaan Sarawak yang mendapat ‘lampu hijau’ daripada masyarakat Belaga mengenai cadangan pembinaan sebuah empangan di kawasan tersebut.


Menerusi satu kenyataan, Abun Sui yang juga Timbalan Pengerusi KEADILAN Sarawak berkata, setakat ini belum ada masyarakat mahupun individu yang mengaku telah memberikan ‘lampu hijau’.


Katanya, pembinaan empangan perlu mengambil kira kesan alam sekitar dan penduduk yang terpaksa berpindah.


"(Dalam hal ini) rakyat daerah Belaga tidaklah membantah kemajuan tetapi perlu ada libat urus menyeluruh terutamanya dengan komuniti yang terjejas dan rakyat Belaga keseluruhannya terlebih dahulu," katanya.


Jelas pemimpin KEADILAN negeri itu, kebimbangan masyarakat Belaga adalah tidak mahu rungutan dan aduan berlaku lagi seperti mana pembinaan dua empangan mega di Bakun dan Murum yang masih memberi kesan kepada penduduk yang terlibat meskipun telah bertahun berlalu.


"Di daerah Belaga masih kedengaran suara-suara mangsa pembinaan empangan tersebut menuntut janji janji Kerajaan Sarawak yang masih tertunggak (tidak) ditunaikan kepada mereka.


"Manakala tenaga elektrik (untuk kegunaan tempatan) adalah lebih daripada cukup dari dua empangan ini untuk rakyat di daerah Belaga," ujarnya.


Malah tegas senator Dewan Negara itu, sekiranya Kerajaan Negeri mahu membangunkan Belaga maka kawasan tersebut perlu dijadikan sebagai bahagian ke-13 dalam Sarawak terlebih dahulu.


"Kita yakin pembangunan yang lain pasti menyusul ikut keperluan dan kesesuaian dalam masa yang sesuai dan masa yang terdekat," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page