
KEADILAN seharusnya menjadi parti pilihan utama rakyat berbilang bangsa di tanah air.
Hal itu diutarakan oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Dr Maszlee Malik dalam satu hantaran di Facebooknya.
Beliau berkata langkah itu bagi memastikan agenda reformasi disebar luaskan demi kesejahteraan rakyat dan negara.
"Ahli MPP bertekad untuk memastikan parti akan terus relevan dan menjadi pilihan utama rakyat berbilang bangsa di tanah air ini," kata bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu.
Melalui hantaran itu juga Maszlee turut berjanji mahu memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus relevan di negara ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu Maszlee bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Simpang Renggam.
Bagaimanapun bekas ahli akademik itu tewas kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Johor, Hasni Mohammad dengan majoriti 1,821 undi.
Sementara itu melalui hantaran di Facebooknya, Maszlee turut mendedahkan tentang pesanan dibuat Anwar padanya ketika bertemu dalam mesyuarat MPP semalam.
"DSAI bilang “Just get ready, your sabbatical will soon over!”," katanya.
Kommentare