top of page

KEADILAN giat berkempen hari terakhir di DUN Matunggong


Calon KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong, Sazalye Donol Abdullah terus giat berkempen pada hari terakhir di Kota Marudu, Sabah.


Kempen beliau dikuatkan dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang sentiasa berdampingan dengan calon sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


Aminuddin juga ditemani oleh ADUN Sri Tanjung, M Ravi bersama seluruh jentera KEADILAN Negeri Sembilan.


Kempen hari ini bermula dengan pertemuan bersama pengundi di Terongkongan Darat.

Sazalye kemudian mengadakan pertemuan dengan seluruh ketua adat dan ketua kampung di DUN Matunggong.


Aminuddin juga sempat memberi amanat terakhir kepada Sazalye sebelum hari mengundi esok.

"Pastikan KEADILAN dan Warisan Plus menang, selamat menyumbang kepada kemenangan Sabah," katanya.


DUN Matunggong merupakan salah satu kerusi yang mempunyai potensi besar untuk dimenangi KEADILAN kerana terdapat pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).


Seramai 17,111 pengundi berdaftar di DUN Matunggong dengan 10,579 pengundi berasal dari etnik Rungus.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page