KEADILAN DUN Layang Layang beri sumbangan ringankan beban waris kematian



Penyelaras KEADILAN DUN Layang Layang, Faizul Abd Ghani baru baru ini menziarahi beberapa keluarga masyarakat Cina yang menghadapi kematian.


Menurutnya, KEADILAN Simpang Renggam memberi sedikit sumbangan dan mengucapkan takziah kepada waris.


"Kami melawat Taman Perumahan Layang-Layang dan bertemu keluarga mendiang Man Wen Chung berusia 78 tahun. Mendiang meninggal dunia akibat Pneumonia


"Kemudian kami pergi ke rumah kedua, keluarga mendiang Low Ah San berusia 80 tahun meninggal akibat jangkitan paru paru," katanya.


Selain itu, Faizul berkata mereka juga singgah di Bandar Renggam, di kediaman Mendiang Dharmaraj a/l Appanan yang kemalangan di tempat kerja.


"Sedikit sumbangan prihatin dari Pejabat Parlimen Simpang Renggam yang di wakili Uncle Wong Yung Chin, Ketua Cabang KEADILAN Simpang Renggam, dan saya Faizul abd Ghani memberi Sumbangan dari KEADILAN Cabang Simpang Renggam. Kami berharap semoga pihak keluarga mendiang sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER