KEADILAN Cabang Tebrau anjur sambutan Krismas, kukuh semangat perpaduan
- Suara Keadilan

- Dec 21, 2025
- 1 min read

Majlis Sambutan Hari Krismas anjuran KEADILAN Cabang Tebrau berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan dan keakraban, sekali gus menjadi platform menyantuni rakyat berbilang kaum sebagai simbol komitmen parti dalam memperkukuh perpaduan nasional.
Ketua Cabang KEADILAN Tebrau, Prakash Maniam berkata, penganjuran majlis tersebut mencerminkan hala tuju KEADILAN yang konsisten dalam menyatukan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.
“Majlis ini menjadi platform menyantuni rakyat pelbagai kaum sebagai simbol semangat perpaduan serta hala tuju KEADILAN dalam menyatukan rakyat tanpa mengira latar belakang,” katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, antara pengisian utama majlis termasuk sumbangan bakul makanan kepada golongan memerlukan, jamuan mesra, persembahan hiburan serta cabutan bertuah yang berjaya menceriakan suasana dan menyentuh hati para hadirin.
Prakash turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis berkenaan.
“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan sokongan sehingga menjayakan majlis ini dengan begitu meriah dan bermakna,” ujarnya.
Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada seluruh rakyat, dengan harapan perayaan tersebut membawa kebahagiaan, kedamaian dan kebaikan berpanjangan kepada rakyat, bangsa dan negara.









Comments