top of page

KEADILAN Cabang Shah Alam lantik Ahli Jawatankuasa baharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 7
  • 2 min read

Cabang Shah Alam selesai melantik Ahli Jawatankuasa Cabang yang baharu semalam
Cabang Shah Alam selesai melantik Ahli Jawatankuasa Cabang yang baharu semalam

KEADILAN Cabang Shah Alam semalam telah mengadakan mesyuarat pelantikan Ahli Jawatankuasa Cabang yang baharu di bawah pimpinan Ketua Cabang, Mohd Najwan Halimi.


Menurut Setiausaha KEADILAN Cabang Shah Alam, Nur Yusmi Md Yusop, pelantikan itu mempersiapkan cabang Shah Alam dengan pemimpin yang berbakat untuk melaksanakan gerak kerja kemasyarakatan dan politik bagi tempoh tiga tahun ke depan.


Katanya mesyuarat juga telah memutuskan untuk menyusun semula kepimpinan di peringkat ranting dengan memastikan pimpinan yang lebih efektif diketengah dan diberikan peranan sewajarnya.


"Justeru, satu rombakan dan penstrukturan kepimpinan di peringkat ranting akan dilaksanakan secara menyeluruh dan proses ini akan diselaraskan oleh saudara Suryamuizzudin Kamarudin selaku setiausaha pengelola," kata kenyataan itu.


Menurut Nur Yusmi lagi, KEADILAN Shah Alam juga mewujudkan Jawatankuasa Khas Kebajikan Anggota Cabang yang akan diketuai oleh saudara Khairul Muzzamil Mohd Aris bertujuan menyelaras serta memudahcara hal-hal berkaitan kebajikan anggota parti.


Turut ditubuhkan Jawatankuasa Khas Hal Ehwal Komuniti India yang akan diketuai oleh saudara S. Kumaravel bertujuan menyelaras serta memudahcara isu-isu berkaitan kebajikan komuniti India di dalam kawasan Parlimen Shah Alam


Satu lagi keputusan ialah untuk melakukan rombakan dan penstrukturan kepimpinan di peringkat ranting yang akan dilaksanakan secara menyeluruh, dan proses itu akan diselaraskan oleh saudara Suryamuizzudin Kamarudin selaku setiausaha pengelola.


Berikut senarai kepimpinan KEADILAN Cabang Shah Alam:


Naib Ketua Cabang :


(i) YM Tengku Ahmad Tengku Kasim

(ii) Kumaravel A/L Subrayan


Setiausaha : Nur Yusmi Md. Yusop


Bendahari : Arif Abdullah


Ketua Penerangan : Adib Ashman Burhan Burhanudin


Setiausaha Pengelola : Suryamuizzudin Kamarudin


Pengarah Pilihan Raya : Mohd Akif Ruzaini Ab. Ghofar


Pengarah Komunikasi : Muhammad Alif Imran Rafique Ali


Pengarah Strategi : Tee Choon Keong


Ahli Jawatankuasa :


(i) Lee Chin Yee

(ii) Rosedi Mat Nor

(iii) Fadzilah Hisham Ismail

(iv) Abdul Hadi Abdul Wahab

(v) YM Raja Nor Hasliza Raja Hamil

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page