top of page

KEADILAN cabang Pendang giat gerak kerja tambah keahlian

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 23, 2025
  • 1 min read


KEADILAN Cabang Pendang, Kedah giat menjalankan aktiviti turun padang menyantuni rakyat.


Menurut satu kenyataan, Ketua Cabang Pendang, Datuk Zulkifli Mohamad dan timbalannya Sazari Mohamad, mengadakan program pada saban minggu bagi menyantuni masyarakat sekitar kawasan berkenaan, juga untuk menambah keahlian baharu.

Datuk Zul ketika berucap di dalam satu majlis
Datuk Zul ketika berucap di dalam satu majlis

"Cabang Pendang kini dilihat terus aktif bagi membina kekuatan dan menarik sokongan serta penyertaan keahlian yang semakin bertambah," kata kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu lagi, baru baru ini diadakan majlis libat urus bersama Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi serta Jelajah Setiausaha Politik Presiden KEADILAN, Datuk Romli Ishak bagi anggota mendengar perkembangan politik terkini dan usaha untuk menarik lebih banyak sokongan ke atas KEADILAN Kedah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page