top of page

KEADILAN Cabang Jasin santuni golongan terkesan PKP 3.0

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 25, 2021
  • 1 min read

Updated: Jul 22, 2021


KEADILAN Cabang Jasin baru-baru ini menyantuni masyarakat setempat dengan mengagihkan bantuan makan asas kepada 50 keluarga yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, sejak 1 Jun lalu.


Menurut Naib Ketua Cabang KEADILAN Jasin, Marhan Berahim, agihan bantuan di DUN Rim dan Bemban itu telah disampaikan oleh Ketua Cabang KEADILAN Jasin, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.


"Program seumpama ini memang menjadi rutin bagi Ketua Cabang menyantuni masyarakat di samping bertanya khabar dan memberikan sedikit bantuan kepada yang memerlukan.


"Apatah lagi di musim PKP ini di mana semua pihak tidak dapat melaksanakan aktiviti harian mereka," katanya.


Turut sama dalam program tersebut adalah Ketua Wanita KEADILAN Jasin, Noranizah Abd Karim, Setiausaha Pengelola KEADILAN Jasin dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam pengagihan sumbangan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page