top of page

KEADILAN Cabang Jasin buat laporan polis PM Mahiaddin persembah majoriti palsu


KEADILAN Cabang Jasin, membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Mahiaddin Yassin yang didakwa telah mempersembahkan majoriti palsu yang dimiliki beliau Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada 4 Ogos lalu.


Menurut Setiausaha Pengelola KEADILAN Cabang Jasin, laporan polis berkenaan telah dibuat oleh Naib Ketua Cabang KEADILAN Jasin, Shukur Rassal di Balai Polis Merlimau, Melaka memohon agar pihak berkuasa menyiasat dakwaan Tan Sri Mahiaddin Yasin berkenaan.


"Dalam sidang media bertarikh 4 Ogos 2021 sekitar jam 12.30 tengah hari itu (PM Mahiaddin Yasin) telah mendapat liputan meluas pelbagai media elektronik.


"Beliau berkata bahawa beliau telah mempersembahkan sejumlah sokongan Ahli-ahli Parlimen yang masih menyokong beliau Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong.


"Sedangkan angka yang beliau persembahkan itu jelas palsu kerana sekitar 115 Ahli-ahli Parlimen telah sepakat menolak kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri.


"Jumlah 107 dari kalangan Ahli-ahli Parlimen pembangkang dan 8 dari Umno, telah mengistiharkan bahawa mereka hilang kepercayaan terhadap Tan Sri Mahiaddin Yasin.


"Justeru itu, saya berpendapat Tan Sri Mahiaddin Yasin telah mempersembahkan akuan sokongan palsu Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong," katanya.


Tambah Shukur, beliau membuat laporan berkenaan agar Tan Sri Mahiaddin Yasin disiasat mengikut saluran undang-undang yang sewajarnya.


Turut sama ialah Penyelaras KEADILAN DUN Sungai Rambai, Nor Azhanizam Azmi, Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Jasin, Mohd Faizal Daud serta Ahli Jawatankuasa KEADILAN.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page