top of page

KEADILAN bukan parti Semenanjung, untuk semua rakyat Malaysia - Ramanan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 23
  • 1 min read

ree

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri R Ramanan (gambar) menegaskan bahawa tanggapan bahawa KEADILAN hanya parti Semenanjung adalah tidak berasas sama sekali.


Jelasnya, di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, parti itu menolak politik pembahagian wilayah dengan secara konsisten menekankan perpaduan dan kesejahteraan rakyat seluruh negara, tanpa mengira asal usul, selain memastikan setiap dasar dan keputusan parti dibuat secara adil dan saksama.


"Datuk Seri Anwar memberi peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2026 untuk Sabah. Jadi tidak timbul isu parti Semenanjung atau parti Borneo.


"Perdana Menteri bincang isu berkaitan dengan MA63 (Perjanjian Malaysia 1963). Dia memang ada hati, ada niat untuk perbaiki dan menaikkan hidup bukan sahaja rakyat Sabah, tetapi juga seluruh warga Malaysia," katanya dipetik.


Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata begitu kepada pemberita selepas menghadiri Program Aspirasi MADANI Amanah Ikhtiar Malaysia di Kota Kinabalu pada Rabu.


Selain menghadiri program rasmi kementerian, beliau turut mengadakan pertemuan bersama kepimpinan KEADILAN bagi meninjau persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah bulan depan.

Sementara itu menurut Ramanan, semangat kekeluargaan dan budaya saling membantu dalam kalangan ahli KEADILAN menjadi asas kekuatan parti itu, sekali gus mencerminkan nilai MADANI yang diterapkan oleh pucuk pimpinan.


Konsep kekeluargaan itu turut terzahir dalam hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan yang perlu saling menyokong demi kemajuan bersama.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page