top of page

KEADILAN buka pemilihan calon PRU 15 kepada semua rakyat



Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hari ini mengumumkan langkah radikal dengan memperkenalkan kaedah memilih calon untuk kerusi Parlimen dan DUN pada Pilihan Raya Umum ke 15 parti itu, dibuka kepada semua rakyat Malaysia bagi mencalonkan sesiapa yang dianggap layak.


Menurut Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Rafizi Ramli, setiap anggota sah KEADILAN bebas untuk dicalonkan atau mencalonkan diri sendiri sebagai calon pilihan raya.


"Kita mengumumkan mekanisme membolehkan orang ramai mencalonkan individu yang dirasakan berkemampuan untuk menjadi calon pilihan raya


"Kita akan membuka seluas luasnya peluang untuk manjadi calon bagi kerusi KEADILAN. Semua calon yang berminat untuk mana mana kerusi KEADILAN boleh mula mendaftar dan mencalonkan diri sendiri di laman www.calonkeadilan.org.


"Ini tidak pernah dibuat di mana mana parti di Malaysia. Kalau ada calon yang mereka rasakan boleh mewakili KEADILAN maka dia bukan lagi kelab eksklusif. Semua boleh mencalonkan diri, tertakluk kepada syarat tertentu.


"Syarat itu ada di laman sesawang calonkeadilan.org," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, petang tadi.


Perubahan itu, kata Rafizi, dilakukan selepas beberapa tinjauan pendapat umum mendapati pengundi yang menyatakan mereka memilih mengikut parti hampir sama dengan pengundi yang tidak akan mengundi berdasarkan parti tetapi memilih calon.


Hal itu berlaku, kata Timbalan Presiden KEADILAN berkenaan mungkin akibat pengkhianatan, lompat parti dan sebagainya yang menghilangkan hormat rakyat kepada calon yang ditetapkan oleh parti.


Pemilihan melalui kaedah calon yang digemari rakyat, katanya, juga boleh mengurangkan kewujudan wakil rakyat yang tidak berwibawa, tidak tahu berbahas di Parlimen atau malah menjadi oportunis di dalam parti.


"Memang ada kumpulan yang tumpuan mereka bukan untuk rakyat. Khidmat tak baik tetapi keseluruhannya usaha politik ditumpukan untuk melobi dan membodek serta mengawal parti.


"Budaya ini menghasilkan watak pengkhianat. Ini yang menjadi insentif kepada kami untuk sentiasa di depan berbanding parti lain menawarkan calon yang benar benar dekat dengan rakyat," katanya.


KEADILAN, kata Rafizi, menganggarkan 10,000 pendaftaran nama calon akan diperolehi dalam masa seminggu dan semua akan melalui proses saringan yang ketat sebelum dipilih sebagai calon pilihan raya.


"Proses kenal pasti calon, saringan akan diselaraskan bahagian pengurusan yang merupakan sekretariat menguruskan fungsi ini. Segala urusan mengenai calon KEADILAN, nak lobi panjang lebar, sila emel ke calon@calonkeadilan.org," katanya lagi.


Di samping itu, menurut Rafizi, satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk membincangkan calon dan dianggotai oleh Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dirinya sendiri sebagai Pengarah Pilihan Raya KEADILAN.


Proses permarkahan, katanya akan dilakukan melalui jawatankuasa calon dan dipengerusikan oleh beliau dan semua Naib Presiden serta Timbalan Pengarah JPRP sebagai setiausaha jawatankuasa berkenaan.


Memandangkan kemungkinan Parlimen dibubarkan pada minggu hadapan, kata Rafizi, pendaftaran pencalonan tersebut hanya dibuka selama seminggu iaitu pada 13 Oktober 2022, tertakluk sama ada Parlimen dibubarkan awal dan tarikh tutup akan dipercepat.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page