top of page

KEADILAN berupaya mempelopori masa depan - Amirudin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Seluruh barisan kepimpinan dan anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) harus optimis dari sekarang bahawa parti itu berupaya mempelopori masa depan negara menjelang usia 100 Tahun Malaysia dengan kerangka yang diimaginasikan.


Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, untuk memastikan parti kekal relevan dan berada dalam landasan politik tanah air, imaginasi terhadap bangsa Malaysia harus berani diletakkan.


''Macam mana rupa orang Melayu, India, Cina dan sebab itu kita kena maju ke depan dan bukan hanya menoleh ke belakang.


''Sebab itu dalam beberapa rangkaian ucapan saya ada sebut tentang Almarhum Dr Syed Hussein Al-Attas yang menyebut tentang cerita sempurna bangsa iaitu idealisme kita.


''Jadi saya bandingkan (cerita itu) daripada (konteks) ilmu. Kena ada imaginasi tentang bangsa kita di hadapan dan itulah yang sedang kita bina dan dirangka,'' katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan sempena Kongres Nasional KEADILAN yang diadakan di Persada Johor International Convention Center hari ini.


Menurut Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor, imaginasi berkenaan seharusnya disokong oleh keberanian bagi menjadikannya sebagai realiti.


''Inilah yang harus ada keberanian dan harus ditonjolkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan parti KEADILAN itu sendiri.


''Ini kerana kita bukan parti untuk hari ini, kita harus yakin menjadi parti yang akan mempelopori masa depan Malaysia'' ujarnya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page