top of page

KEADILAN berhak dapat barisan kepimpinan wanita bertanggungjawab, konsisten



Pemilihan KEADILAN 2022 mungkin mengingatkan anggota kepada pemilihan 2018 yang menyebabkan perpecahan dan perlunya anggota kali ini memilih pimpinan yang susah senang bersama parti.


Hal itu ditegaskan oleh calon Ketua Wanita KEADILAN pusat, Rodziah Ismail.


Katanya, Wanita KEADILAN telah melalui pengalaman duka kehilangan ketua wanita selepas Langkah Sheraton dan perlulah memilih calon yang lebih baik pada kali ini.


"Saya rasa yang paling utama Wanita KEADILAN berhak mendapat barisan kepimpinan yang bertanggungjawab, amanah dan konsisten.


"Usaha yang penting adalah untuk mambawa parti, khususnya wanita memenangi dalam PRU ke 15.


"Kita telah lalui beberapa fasa. Ada fasa kita memperjuangkan 30% kuota ada fasa kita dikhianati, sekarang timbul kita ingin regenerasikan semula.


"Tetapi wawasan saya dari awal ialah objektif kita nak buat sehingga Wanita KEADILAN dapat pemimpin yang lebih konsisten dan angkat isu wanita, dan boleh meletakkan wanita di peringkat dunia," katanya dalam satu siaran media.


Menurut Exco Selangor itu, beliau kali ini telah menyediakan barisan exco wanita yang berpengalaman dan telah lama berkhidmat di dalam parti sebagai pilihan untuk anggota memilih.


"Bagi barisan kepimpinan yang bersama saya, kebanyakannya calon yang telah aktif dan dikenali. Kalau kita lihat Napsiah Khamis, mantan calon DUN Kempas, beliau telah dikenali dengan NGO Bidadari juga giat membawa isu kemiskinan haid.


"June Leow Ahli Parlimen Hulu Selangor, beliau bangsa Cina tetapi menang di kawasan Melayu. Wasanthee pula dikenali dalam kalangan wanita, iaitu Naib Ketua Wanita KEADILAN, Jun Sumandak dikenali mungkin tidak peringkat nasional tetapi dikenali anggota di Sabah," katanya.


Mengulas jasa bersama parti, Rodziah berkata, beliau telah menempuh pelbagai suka duka sejak parti tidak mempunyai kerusi sehinggalah berada dalam kerajaan Selangor hari ini.


"Saya bersama parti 23 tahun lalu. Bersama dalam keadaan parti susah dan senang. Dalam masa kita berdepan banyak krisis seperti krisis Menteri Besar, pengkhianatan dan sebagainya. Saya tetap berdiri di sini dan memilih untuk memberi khidmat seterusnya


"Saya juga bersyukur kerana pengalaman saya sebagai individu yang pimpin pilihan raya, telah beri saya advantage," katanya lagi.



0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page