top of page

KEADILAN Baram sokong kepimpinan PM Anwar - Roland

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read

Roland (tengah) dalam siaran media selepas Mesyuarat KEADILAN Cabang Baram
Roland (tengah) dalam siaran media selepas Mesyuarat KEADILAN Cabang Baram

Oleh: Akmal Manaf


Mesyuarat KEADILAN Cabang Baram, Sarawak telah merumuskan beberapa ketetapan penting hasil perbincangan yang telah diadakan pada 13 Julai lalu.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Baram, Roland Engan, pendirian pertama yang dicapai ialah memberi sokongan penuh kepada Presiden parti yang juga Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti pada Mei lalu.


Roland berkata, mesyuarat tersebut turut menyatakan sokongan padu kepada Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden parti yang turut dipilih pada pemilihan yang sama.


''Cabang Baram juga menyokong penuh Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak tanpa mengira siapa yang akan dilantik sebagai Pengerusi MPN bagi penggal 2025 hingga 2028.


''Sokongan turut diberikan terhadap pelantikan Naib Presiden KEADILAN mewakili kuota Sabah dan Sarawak untuk tempoh penggal yang sama, tanpa mengira calon yang akan dilantik.


''Pendirian kelima pula menyentuh tentang sokongan terhadap Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat dan Jawatankuasa Pilihan Raya KEADILAN Sarawak dalam usaha menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN-13) serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).


''Kami juga sebulat suara mengambil pendirian untuk melaksanakan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan KEADILAN Cabang.


''Keputusan itu termasuk menyertai Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang selaras dengan mandat yang telah dipersetujui,'' katanya dalam sidang media selepas mesyuarat berkenaan," kata Roland dalam siaran media.


Untuk rekod, KEADILAN merupakan pembangkang di Sarawak manakala keputusan untuk menyertai PRN atau tidak diputuskan oleh MPN Sarawak.


KEADILAN Sarawak mempunyai autonomi dalam hal hal berkaitan pilihanraya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page