top of page

KEADILAN Bandar Tun Razak kongsi kepelbagaian, rai perayaan Vinayagar Chaturthi



KEADILAN Bandar Tun Razak berkongsi kepelbagaian antara kaum meraikan perayaan hari Vinayagar Chaturthi yang jatuh pada perayaan Hari Kebangsaan, baru baru ini.


Menurut Naib Ketua Cabang Bandar Tun Razak, Pastor Prince Jon, perayaan Hindu Vinayagar Chaturthi disambut di seluruh dunia memperingati hari kebesaran dewa Ganesh.


Di Bandar Tun Razak, katanya, perayaan itu berlangsung di Jalan Ikan Emas, Cheras.

Prince Jon bersama penganut Hindu meraikan perayaan

"Selain daripada sembahyang dalam kuil, upacara perayaan juga melibatkan perarakan sekitar kuil setempat.


"Walaupun perarakan tidak sebesar seperti Thaipusam namun ini antara perayaan keupacaraan yang paling signifikan di kalangan penganut Hindu.


"Akibat pandemik Covid-19, selama dua tahun tanpa ada sambutan atau upacara, sambutan tahun ini menyaksikan ramai yang hadir," katanya.


Pastor Prince Jon walaupun seorang paderi Kristian namun datang untuk meraikan perayaan komuniti India di kawasan berkenaan.


"Oleh kerana hari perayaan jatuh pada Hari Kebangsaan kita lihat ini contoh terbaik di mana KEADILAN boleh menonjolkan ciri kepelbagaian.


"Hari Kebangsaan, mengenang detik negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan dengan perpaduan pelbagai kaum.


"Sebagai rakyat Malaysia yang majmuk dan bersatu padu pula, Vinayagar Charturti yang merupakan hari keagamaan turut menjadi satu hari kebesaran yang disambut bersama


"Perpaduan seperti ini memberikan dorongan kepada rakyat untuk mara ke hadapan sebagai satu negara," katanya lagi.


Dalam perayaan itu, Pastor Jon bersama 30 orang pemimpin akar umbi mendirikan khemah untuk memberi minuman dan cenderahati kepada penganut yang terlibat dalam perarakan tersebut. Turut hadir adalah ketua cabang Azman Abidin merangkap Ketua Penerangan KEADILAN Wilayah Persekutuan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page