top of page

KEADILAN Balik Pulau alu-alukan sumbangan laptop, peranti



Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi mendapatkan laptop dan alat peranti yang akan diserahkan kepada murid-murid yang datang dari golongan kurang berkemampuan untuk menyertai Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


Beliau berkata, kawasan Parlimennya mempunyai sekitar 100 murid dalam kategori B40 yang memerlukan laptop dan peranti.


"Kami mempunyai program bernama PROTEEN, kami menyediakan sarapan kepada mereka setiap hari, memantau tahap membaca mereka melalui sukarelawan kami. Kami menyediakan buku cerita untuk memupuk tabiat membaca.


"Bagaimanapun sejak PdPR dilaksanakan kerana kes Covid-19 yang tinggi, ibu bapa dari 100 anak PROTEEN dalam jagaan kami menghadapi kesukaran untuk membeli komputer riba atau tablet berserta sambungan internet untuk membolehkan anak-anak mengikuti kelas secara maya.


"Saya memohon agar anda dapat menyumbangkan komputer riba atau tablet lama anda atau memberikan sumbangan wang tunai untuk tujuan ini," katanya.


Setakat ini, Bakhtiar berjaya mendapatkan 20 tablet hasil sumbangan orang ramai.


"Saya tidak menyangka begitu pemurah rakyat Malaysia, dalam masa kurang dari satu jam selepas posting terakhir, saya menerima 20 unit Samsung Tab A. Terima kasih kepada para penderma.


"Terima kasih atas sumbangan anda untuk anak-anak kita yang kurang bernasib baik. Semua ini akan diberikan kepada 20 pelajar PROTEEN pertama. Sekarang saya perlu mencari 80 tablet lagi," katanya.


Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank yang tertera di bawah atau hubungi nombor telefon yang disediakan untuk sumbangan laptop atau peranti.


"Akaun Khas Pusat Khidmat Parlimen Balik Pulau"

Maybank

Nombor Akaun: 557081060608

Hubungi Shidi 0195556607 untuk maklumat tambahan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page