top of page

KEADILAN bakal kemuka senarai calon Pilihan Raya Negeri Sabah


KEADILAN Sabah dijangka mengemukakan senarai calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bubar pada 30 Julai lalu.


Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Datuk Cristina Liew berkata calon-calon yang dikemukakan itu bagaimanapun perlu melalui saringan ketat terlebih dahulu, kemungkinan bagi mengelakkan daripada memilih pemimpin yang cenderung mengkhianati parti.


"Kali ini, terdapat beberapa faktor yang akan diambil kira. Bagi setiap nama yang dicadangkan, kami akan memeriksa latar belakangnya secara menyeluruh.


"Antaranya latar belakang pendidikan, kewangan, dan kecenderungan politik calon.


"Ia bukan keputusan saya sendiri, tetapi keputusan berkumpulan bersama jawatankuasa pemilihan biro parti," katanya seperti yang dilaporkan oleh NST.


Pada masa sama, Christina berkata soal bilangan kerusi yang akan dipertandingkan oleh KEADILAN dalam PRN kali ini akan dipertimbangkan dalam parti sebelum dibincangkan dengan komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP dan Amanah.


Perkara itu juga akan dibincangkan bersama Warisan sebelum mencapai kata sepakat.


"Masih terlalu awal untuk mengatakan jika KEADILAN Sabah akan bertanding di mana-mana kerusi tetapi kita akan teliti semua kemungkinan untuk meletakkan penyandang atau calon baharu dalam PRN.


"Apa yang penting bagi KEADILAN adalah kita mesti bekerja di bawah bidang kuasa PH serta bersama Warisan dan Upko sebagai satu pasukan.


"Pilihan raya ini akan menjadi satu cabaran tetapi saya percaya rakyat bersama kami," katanya.


Christina yang juga Ahli Parlimen Tawau dan ADUN Api-Api percaya pemecatan ADUN Inanam, Kenny Chua akan membantu KEADILAN bergerak dengan lebih baik dalam pilihan raya kali ini.


"Saya tidak bimbang tindakannya akan memberi kesan negatif kepada parti.


"Pilihan raya ini adalah keputusan terbaik dibuat Ketua Menteri, Shafie Apdal bagi membolehkan rakyat memutuskan apa yang terbaik dan siapa mereka mahukan sebagai Ketua Menteri," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page