top of page

KEADILAN Ayer Hitam beri sumbangan Tahun Baharu Cina

  • Feb 7, 2021
  • 1 min read


KEADILAN Cabang Ayer Hitam baru-baru ini memberi sumbangan sempena Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua di kawasan Parlimen berkenaan.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Ayer Hitam, Jacqualine Neo, biar pun tiada perayaan Tahun Baharu Cina seperti biasa tahun ini akibat pandemik Covid 19 namun masyarakat Cina yang memerlukan tetap diraikan.


"Saya bersama Roger Chang, Naib Ketua Cabang KEADILAN Ayer Hitam dan saudara Krisnamurthy Subramaniam, AJK Cabang telah memberi sumbangan barangan makanan, buah limau dan pelitup muka kepada keluarga yang memerlukan di sekitar kawasan ini.


"Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka pada musim perayaan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page