top of page

KEADILAN Ampang agih sayur-sayuran kepada penduduk


Penduduk terjejas Covid-19 di sekitar Ampang baru-baru ini menerima bekalan sayur-sayuran yang diagihkan melalui KEADILAN Ampang.


Agihan dilakukan dengan kerjasama KEADILAN Ranting Ampang Campuran Jalan Jelawat.


Menurut ketua Ranting, S Sunder, sebanyak 150 keluarga menerima set bekalan sayur pada agihan 22 Ogos lalu.


"Saya dapat 1 tan bekalan sayur daripada pasar borong. Kami di peringkat Ranting membuat pembungkusan pada hari yang sama untuk diagihkan ke beberapa kawasan berdekatan seperti Kampung Tasik, Kampung Ampang Campuran, Taman Sri Watan dan Taman Halaman," katanya.


S Sunder

Sunder berpendapat aktiviti seperti itu harus dijalankan dengan kerap dan dibantu warga tempatan untuk kebaikan masyarakat.


"Walaupun banyak NGO dan pemimpin yang sudi membantu, saya berpendapat sebagai orang yang membesar di Ampang, wajiblah menolong rakan-rakan sekampung dalam kesusahan.


"Ampang yang saya kenal merupakan sebuah penempatan majmuk dan saya sering menjalankan aktiviti yang menekankan semangat perpaduan tanpa mengira bangsa," katanya.


Selain itu, beliau juga berharap pada pilihan raya akan datang, agenda reformasi di Selangor haruslah influsif dengan menaikkan calon tempatan untuk bertanding di kerusi Ampang, sama ada peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.


Ampang merupakan sebuah kawasan campuran yang mempunyai demografik pengundi yang majmuk. Parlimen Ampang merangkumi 2 DUN, Bukit Antarabangsa dan Lembah Jaya

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page