top of page

KEADILAN susun, persiap strategi penerangan ke akar umbi



KEADILAN Cabang Alor Gajah, Melaka menggiatkan usaha penerangan ke akar umbi pasca pengkhianatan Bersatu terhadap Pakatan Harapan (PH).


Semalam, Majlis Penerangan dan Dialog Ketua Penerangan KEADILAN Bersama Jawatankuasa Cabang KEADILAN Alor Gajah diadakan di Pejabat Cabang KEADILAN Alor Gajah bagi menyelaras strategi penerangan kepada para pengundi.



Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar), strategi penerangan yang sesuai perlu dilaksanakan memandangkan Pilihan Raya Umum ke 15 mungkin diadakan secara mengejut pada tahun ini.


"Ini pertemuan pertama Ketua Penerangan Pusat bersama pimpinan Cabang Alor Gajah.


"Tumpuan kami kepada program penerangan yang mesti disusun di peringkat akar umbi," katanya kepada Suara Keadilan.


Mengulas sama ada KEADILAN akan bertanding di kerusi Alor Gajah memandangkan Bersatu tidak lagi berada dalam PH, Shamsul tidak menolak kemungkinan berkenaan.


"Alor Gajah ialah wilayah KEADILAN.


"KEADILAN memang berminat bertanding di Parlimen Alor Gajah yang telah dikhianati oleh Bersatu," katanya lagi.


Kerusi Alor Gajah dimenangi oleh Mohd Redzuan Yusof dari Bersatu pada PRU 14 lalu. Beliau yang juga dikenali sebagai 'Menteri Kereta Terbang' tidak lagi popular selepas menyertai kerajaan Perikatan Nasional dan diletakkan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.


Bagaimanapun menurut Shamsul, hasrat bertanding di Alor Gajah akan diputuskan bersama PH Negeri Melaka sekiranya PRU 15 benar-benar berlaku pada hujung tahun ini sebagaimana diramal banyak penganalisis politik.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page