KEADILAN adakan pemilihan parti pada bulan April 2022 - Saifuddin Nasution



Parti Keadilan Rakyat akan mengadakan pemilihan parti bagi menentukan penyandang jawatan untuk penggal 2022 hingga 2025 bermula pada 22 April ini.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pemilihan tersebut dilaksanakan bagi memastikan perjalanan parti terpelihara selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti itu sendiri.


"Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN telah memuktamadkan untuk mengadakan pemilihan parti bagi pemegang jawatan 2022 - 2025 bermula 22 April 2022 sehingga 29 April 2022.


"Tempoh pencalonan akan diadakan pada 11 Mac 2022 sehingga 19 Mac 2022.


"Untuk memastikan proses pengundian lancar semua anggota parti diminta membuat semakan status keanggotaan melalui laman web keanggotaan


"Senarai anggota untuk pemilihan dan Mesyuarat Agung Tahunan (MATC) perlu mendaftar selewat lewatnya pada 31 Januari ini," katanya dalam kenyataan.


Selain itu, MPP juga jelas Saifuddin, menetapkan kesemua Cabang KEADILAN di seluruh negeri perlu mengadakan MATC bermula dari 4 Mac 2022 sehingga 27 Mac 2022. Disusuli dengan Kongres Nasional yang akan diadakan pada 10,11 dan 12 Jun 2022.


Bagi ahli KEADILAN mereka perlu menyemak status keanggotaan melalui laman web keanggotaan https://semakan.keadilanrakyat.org bagi melicinkan proses membuang undi.


Dalam pada itu, Saifuddin turut mengucapkan tahniah kepada pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) untuk kali ini.


"Saya ingin merakamkan ucapan tahniah atas amanah diberikan kepada Dr. Zaliha Mustafa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti serta Sdr Manivanan a/l Gowindasamy sebagai Timbalan Pengerusi bagi mengelola perjalanan Pemilihan Parti," katanya lagi.


Kali terakhir KEADILAN melaksanakan pemilihan parti pada hujung 2018 dan berakhir dengan kongres pada awal 2019.


Bagaimanapun, kebanyakan penyandang utama jawatan parti telah berkhianat dalam Langkah Sheraton pada Februari 2020.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER