top of page

KEADILAN ada perancangan majukan penduduk Sarawak - Ahmad Nazib



Calon DUN Tupong, Ahmad Nazib Johari menyeru rakyat Sarawak membuat pilihan yang betul pada hari mengundi esok memandangkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memerintah negeri selama 58 tahun tetapi tidak berjaya menyelesaikan masalah penduduk.


Katanya, KEADILAN mempunyai perancangan untuk memajukan rakyat Sarawak dan menyelesaikan setiap masalah berbangkit.


"Kita datang dalam pilihan raya, kita tawarkan suatu pembaharuan. Kita tahu kepimpinan dalam KEADILAN ada perancangan yang baik dan kita berada dalam parti yang dinamik.


"Walau dikatakan KEADILAN parti Malaya. Tetapi kita tidak sama dengan GPS. Parti mereka berkerjasama dengan Umno dan Pas. Kita tengok apa yang berlaku pada PRU 14 lalu, kekalahan mereka (BN) akibat kegagalan mereka mentadbir. Adakah rakyat Sarawak masih menerima mereka yang gagal?


"Pada hari Sabtu ini buatlah satu ketetapan, pilihlah calon KEADILAN," katanya dalam ceramah maya anjuran Studio KEADILAN, malam tadi.


Menurut Ahmad Nazib, DUN Tupong merupakan kawasan pinggiran bandaraya Kuching dan tidak seharusnya tertinggal dari segi pembangunan.


Namun katanya hal itulah yang terjadi kepada penduduknya, masih menghadapi masalah banjir dan jalan raya yang tidak dilebarkan sejak sedekad lalu.


"Saya rujuk kenyataan pada 2013 oleh YB yang dahulu, mengumumkan pembinaan longkang kongkrit, tetapi ia tak berlaku. Kemudian dia umum lagi, akan menyelesaikan masalah pembesaran jalan dan banjir. Tahun 2021 masih tidak selesai.


"Empat hari lepas calon (GPS) kawasan ini menjawab soalan saya lontarkan. Beliau kata kontraktor telah ditamatkan. Sepanjang bertahun tahun banjir tidak selesai, waktu berkempen dia kata kontraktor telah ditamatkan dan akan lantik kontraktor baru. Baru nak lantik?


"Maksudnya masa mereka berkuasa, mereka tak dapat selesaikan masalah. Inilah yang kita sedih," katanya.


Oleh itu, Ahmad Nazib menyeru agar pengundi di DUN Tupong bersama sama beliau berjuang untuk menyelesaikan masalah mereka tanpa bergantung lagi kepada janji janji calon GPS yang gagal.


"Sama seperti masalah jenayah, sosial, pekerjaan tak ada. Saya lihat perkara ini patutnya telah lama diselesaikan. Sepatutnya sekarang kita tidak cakap lagi soal kemudahan asas, tiang elektrik, banjir, nasib nelayan. Sepatutnya kita bercakap pembangunan. Jadi kita sudah jauh ketinggalan.


"Oleh itu, kita sama sama berjuang. Sama sama melihat bagaimana nak selesaikan masalah. Kita rancang, rintis dan selesaikan masalah," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page