top of page

KDN tarik baik rayuan untuk pinda peraturan, tamatkan masalah - Anwar



Kerajaan melaui Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk menarik balik rayuan dalam kes Jill Ireland menyimpan bahan menggunakan kalimah Allah adalah bagi memberi laluan kepada pindaan peraturan membuang sebarang percanggahan yang boleh dibawa ke mahkamah pada masa hadapan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Pas - Kota Bharu) yang mempersoalkan mengapakah kerajaan tidak mahu Mahkamah Rayuan membuat keputusan selanjutnya dengan panel 3 hakim.


Sebaliknya Anwar bertanya, adakah keputusan hakim tanpa pindaan peraturan itu akan menamatkan pertentangan Arahan Pentadbiran 1986 yang mengecualikan beberapa hal dan keputusan Majlis Raja Raja yang melarang sama sekali kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.


"Pertama keputuan yang dibuat pada 1986 tidak pernah dipinda oleh kerajaan BN, PN sehingga sekarang Kerajaan Perpaduan nak pinda supaya diperjelaskan.


"Peguam Negara berpendapat rayuan itu (dalam kes Jill Ireland) bertentangan dengan keputusan awal yang dibuat oleh raja raja Melayu. Sebab itu Peguam Negara ambil keputusan sedemikian.


"Yang penting Peguam Negara berpendapat kes lemah kerana peraturan yang dibuat KDN. Maka keputusan yang dibuat atas pandangan Peguam Negara dan dirujuk kepada Agong (kelak akan) memperkemaskan. Kalau tidak kita buat rayuan, kes bangkit lagi kerana (tetap) ada percanggahan (peraturan)," katanya.


Berkenaan pendapat yang menyifatkan keputusan menarik balik rayuan itu adalah kelemahan Kerajaan Madani, PM menolaknya kerana kerajaan akan meminda peraturan supaya tiada kes boleh dibawa ke mahkamah pada masa hadapan.


"Kita kuatkan dengan pinda semua peraturan supaya tiada kes boleh dibawa ke mahkamah. Bagi saya ini lebih jelas, kuat, apa yang lemah?


"Kalau kita kata tarik balik rayuan dan kekal dengan keadaan keliru, maka itu lemah. Tetapi kita tarik untuk perbetulkan.


"Jadi semua peraturan, termasuk KDN yang nampak lemah dan ada ruang di bawa ke mahkmah akan dibatalkan. Saya fikir itu tidak ada masalah di sini kalau rakan di sebelah sana ambil tindakan objektif memperkukuhkan undang undang," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page