top of page

KDN komited pastikan pengikut GISBH tidak kembali amal fahaman lama

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 7, 2024
  • 1 min read

ree

Kerajaan menyatakan komitmen untuk memastikan pengikut GISBH Holdings (GISBH) tidak kembali mengamalkan fahaman mereka.


Menterinya Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, usaha itu selari apa yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim.


"Arahan khusus daripada Perdana Menteri supaya melakukan penyelarasan dengan semua agensi supaya langkah yang diambil oleh kerajaan tidak dilihat sebagai bermusim.


"Selain tindakan undang-undang, kita perlu pastikan mereka tidak kembali kepada fahaman ajaran GISBH


"Perdana Menteri supaya mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpukan langkah mengekang mereka kembali kepada fahaman lama," katanya dipetik.


Saifuddin berkata begitu pada sidang media selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir pada Jumaat.


Saifuddin sementara itu memaklumkan, pihaknya akan menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memantau kegiatan mereka menerusi dalam talian.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page