top of page

KDN hantar sukarelawan misi bantuan pascabanjir



Sukarelawan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan digerakkan bagi misi bantuan pasca banjir, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi di Alor Setar pada Rabu beliau berkata, pasukan sukarelawan itu akan membantu kerja-kerja pembaikan serta pemulihan infrastruktur di institusi yang terjejas akibat bencana itu.


Bagi tujuan itu pihaknya telah mengadakan mesyuarat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bagi menyusun perancangan misi pasca banjir di negeri tersebut.


"Sukarelawan KDN melalui inisiatif Insan Madani akan membantu memulihkan institusi seperti masjid, rumah ibadat, dewan dan sekolah.


"Kami juga akan memberi tumpuan kepada pembersihan kawasan, termasuk sampah pukal seperti almari dan perabot rosak yang perlu diuruskan dengan cekap," katanya dipetik.


Beliau turut menjelaskan, pihaknya mempunyai kelebihan dari segi aset seperti pam air berkuasa tinggi dan meriam air (water cannon) yang akan mempermudah operasi pembersihan dilakukan.


Sementara itu tambahnya, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga telah diarahkan untuk menggerakkan program 'Menyemai Kasih Rakyat' bagi memudahkan proses menggantikan dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan dan sijil kelahiran yang hilang akibat banjir, secara percuma.


Sehubungan itu, kenderaan bergerak seperti bas dan van akan ditempatkan di lokasi strategik bagi memudahkan mangsa banjir.


"Ketua Pengarah Imigresen turut bersetuju untuk melaksanakan inisiatif yang sama bagi dokumen seperti pasport," jelasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page