top of page

KBS teliti cadangan wujudkan lebih banyak litar permotoran

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Dr Taufiq di majlis Mega Gathering Santai Anak Utara (SAU) – Edisi Langkawi 2025
Dr Taufiq di majlis Mega Gathering Santai Anak Utara (SAU) – Edisi Langkawi 2025

Menteri Belia dan Sukan (KBS) menyatakan komitmen untuk menyokong pembangunan sukan permotoran secara inklusif dengan mewujudkan lebih banyak litar perlumbaan di setiap kawasan Parlimen.


Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, kementerian menerima banyak permohonan berkaitan pembangunan sukan permotoran termasuk pembinaan litar tetap, sebaik sahaja beliau memulakan tugas di KBS.


"Permohonan membina litar perlumbaan adalah antara yang terawal saya terima, setiap cadangan akan diteliti secara menyeluruh bagi memastikan ia boleh dilaksanakan secara tersusun dan memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat.


"Pembangunannya boleh direalisasikan melalui kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri agar kemudahan sukan ini dapat dinikmati secara lebih meluas," katanya dipetik.


Terdahulu Ahli Parlimen Sungai Petani itu menghadiri Mega Gathering Santai Anak Utara (SAU) – Edisi Langkawi 2025 di tapak parkir Lembaga Pembangunan Langkawi pada Sabtu.


Sementara itu beliau menegaskan, sukan wajar dilihat medium perpaduan yang mampu menyatukan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan pegangan politik.


Malah sukan pemotoran tidak seharusnya dilihat sebagai sukan eksklusif, sebaliknya perlu dibuka kepada semua lapisan rakyat tanpa mengira umur, kaum dan latar belakang.


"Bila kita bercakap soal sukan, ini soal perpaduan nasional. Sukan mampu menyatukan rakyat secara keseluruhannya," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page