top of page

KBS beri sokongan majukan sukan sepak takraw



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyalurkan lebih banyak bantuan dan sokongan bagi memajukan lagi industri sukan sepak takraw di negara, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS) Adam Adli Abd Halim.


Ditemui pemberita Bukit Serindit di Melaka pada Sabtu, Adam Adli berkata, sokongan itu termasuk kepada pasukan Melaka yang menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari 2024 setelah menewaskan Pulau Pinang 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah pada 27 Jan lepas.


"Saya telah pun menghubungi pihak pasukan sepak takraw Melaka untuk melihat bantuan atau keperluan yang boleh KBS bantu bagi memastikan pasukan itu terus ke hadapan.


"Selain sokongan jurulatih tempatan dan usaha pemain pasukan itu sendiri, faktor pembangunan bakat dan pasukan berkenaan yang bermain dari peringkat bawah menjadi pendorong utama dengan mengasah bakat baharu di peringkat belia," katanya dipetik.


Tambahnya, susulan kejayaan pasukan sepak takraw Melaka, pasukan itu juga dibenarkan menjalani latihan di semua fasiliti sukan di bawah KBS sebagai persediaan menghadapi sebarang kejohanan.


Dalam pada itu beliau berkata kelab sukan sepak takraw lain yang ada di negara ini juga akan diberi tumpuan dalam memastikan pemain, jurulatih dan pasukan mendapat akses yang sepatutnya daripada pihak KBS pusat dan negeri.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page