top of page

KBS beri bantuan kejurulatihan, kewangan kepada bekas atlet

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 21, 2023
  • 1 min read


Bekas atlet di bawah kendalian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak disia siakan meskipun selepas bersara.


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim (PH - Hang Tuah Jaya) berkata demikian dalam menjawab soalan Ahli Parlimen Hasnizan Harun (PN - Hulu Selangor).


Katanya, KBS seniasa menyokong mana mana program pembangunan bakat melalui akademi kendalian bekas atlet negara.


"Bentuk sokongan KBS antara lain adalah melalui kursus kejurulatihan sukan dan bantuan kewangan untuk melaksanakan program ini


"KBS melalui Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Institut Sukan Negara pada masa ini menawarkan program sains kejurulatihan secara berstruktur menggalakkan bekas atlet kebangsaan menghadiri kursus berkenaan untuk mereka ditauliah sebagai jurulatih berlesen di bawah Skim Kejurulatihan Kebangsaan dan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan.


"Dalam konteks ini, KBS mengambil inisiatif untuk bekerjasama rapat dengan pihak Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan bagi kursus sains sukan.


"Seramai 135 bekas altet kebangsaan telah menduduki kursus sains sukan tahap satu," kata Adam.


Untuk program yang dinyatakan itu, katanya, pada 2022 sebanyak RM15.2 juta telah disalurkan buat 233 persatuan sukan termasuk kelab dan akademi berdaftar.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page