top of page

Kawasan pembangkang tidak pernah dipinggirkan - Rafizi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 13, 2023
  • 2 min read


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menolak dakwaan kononnya Kerajaan Persekutuan menganaktirikan pembangkang.


Melalui satu hantaran di laman sosial X, Rafizi menegaskan kerajaan tetap menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang dalam bentuk projek-projek dan bantuan terus kepada rakyat di sesebuah kawasan.


Malah jelasnya, mana-mana Ahli Parlimen pembangkang yang mahu memohon peruntukan daripada kerajaan juga boleh terus mengisi borang dan nyatakan sebab sesuatu permohonan itu dibuat.

"Mereka boleh terus isi dan tunjuk sama ada jambatan, jalan atau longkang perlu dibaiki. Jadi peruntukan itu memang akan disalurkan terus kepada rakyat," katanya dipetik.


Rafizi dalam pada itu menjelaskan, perkara yang dibangkitkan oleh pembangkang sebenarnya mengenai peruntukan Ahli Parlimen memohon dana bagi tujuan-tujuan politik wakil rakyat.


Mengulas lanjut perkara itu beliau memberitahu, kerajaan bersetuju untuk memberikan peruntukan, namun perlu melalui proses rundingan terlebih dahulu bagi memastikan peruntukan tersebut selari dengan dasar tatakelola yang ditetapkan oleh kerajaan.


"Kita nak pastikan tatakelola itu kena (bersesuaian dengan permohonan) contohnya kerajaan beri RM1 juta tetapi peruntukan itu tidak sampai kepada rakyat. Akhirnya digunakan oleh Ahli Parlimen untuk buat program masing-masing," ujarnya.

Rafizi juga menjelaskan bahawa kerajaan sudah menghantar surat kepada pembangkang supaya proses rundingan diadakan, namun pembangkang katanya, tidak menunjukkan kesungguhan kepada tawaran itu.


"Kenapa pembangkang tak nak mulakan proses rundingan? Adakah pembangkang takut dengan syarat-syarat tatakelola yang menghalang mereka daripada berbelanja sesuka hati bagi tujuan politik daripada peruntukan wang rakyat itu?" soalnya lagi.


Sebagai rekod, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang ditugaskan untuk merundingkan soal agihan peruntukan kepada pembangkang baru-baru ini mendedahkan hanya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang datang berjumpa membincangkan soal peruntukan.


Semalam, Ahli parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid menyatakan untuk menyokong Kerajaan Perpaduan dengan alasan tidak mahu penduduk di kawasannya terus terpinggir daripada arus kemajuan.


Pemerhati politik pula mendakwa keputusan itu dibuat berkemungkinan setelah melihat tindak tanduk pemimpin PN yang tidak mengendahkan seruan Perdana Menteri agar pembangkang berunding bersama Timbalan PM, Datuk Seri Fadhilah Yusof untuk mendapatkan peruntukan parlimen.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page